Halu guys, good day! 😎

Hashtag (#tag)

Posting kali ni, aku nak share sikit pasal #tag



Kalau sebut pasal #tag (hashtag) ni, aku rasa mesti semua orang dah tahu kan apa itu #tag? Tapi korang tahu ke, apakah fungsi sebenar #tag? 😀

So kali ni, aku nak share sikit fungsi sebenar #tag di media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dsb mengikut pahaman aku lah. 

Bagi aku, #tag ni sangatlah penting pada semua peniaga online untuk iklan mereka. 

Sebab apa? 

Sebab, bila iklan yang kita post sekali dengan #tag, iklan tersebut akan wujud atau akan berada pada top carian public di media sosial bergantung pada keyword #tag kita itu sendiri.

Sebagai contoh, buyer nak cari / search Portable Fire Pit di Facebook. Maka, iklan latest yang ada #tag #portablefirepit akan keluar pada top carian di Facebook. 



Dari #tag ni lah kita akan dapat viewer yang mencari barang yang mereka kehendaki. Kalau tanpa #tag, iklan korang takkan keluar di top carian. So, #tag ni sangatlah penting terutama untuk para peniaga online macam aku.

Sekali post dengan #tag, iklan akan kekal berada pada top carian?

Tak.

Iklan takkan kekal di top carian. Maka, korang kena kerap iklan dengan menggunakan #tag supaya iklan korang sentiasa berada di top carian media sosial. Kalau korang post sekali je, iklan korang akan tenggelam dengan iklan orang lain yang menggunakan #tag yang sama. 

Pilih Keyword Yang Betul

Keyword untuk #tag pun kenalah related dengan keyword carian buyer di media sosial. Dalam kata lain, korang pilihlah keyword dengan betul.

Kalau keyword yang korang pilih tak takda kaitan, memang tak keluar la iklan korang. Sebagai contoh, korang nak jual barang camping, takkanlah korang nak letak #tag seperti #kitajagakita atau #staysafe pada posting. Memang tiada kena-mengena langsung dengan iklan kan? 😏


So letaklah #tag yang ada kaitan dengan barang camping yang korang jual, seperti #barangcamping #campingstuff. Untuk lebih meluas lagi, kita letaklah #tag seperti #kedaioutdoormalaysia #familycampingmalaysia #sungaipertak iaitu #tag yang ada kaitan dengan camping atau tempat-tempat menarik untuk camping seperti #tag Sungai Pertak tu tadi. 

So dengan #tag yang related dengan apa yang korang jual sebagai contoh barang camping, InshaAllah siapa yang nak cari barang camping, iklan korang akan keluar pada top carian barangan camping yang buyer cari.

Barulah ada viewer & buyer, kan? 😎

Kesimpulannya, kalau korang nak orang lain dapat tengok iklan korang, please letaklah #tag yang berkaitan pada iklan. Supaya, iklan korang akan ada viewer. Maklumlah, iklan free. Kena lah rajin atau kerap post iklan dengan #tag. Supaya iklan kita sentiasa berada di top carian. 

Selamat mencuba! 😍

Adios,

Post a Comment

Previous Post Next Post