Salam guys. Good day 😗


Salam mereput dan selamat ber-PKP sepanjang zaman 😆


Hahaha!


Okaylah, jom back to the topic.

Baru-baru ni, aku dapat sakit telinga secara tiba-tiba. Mula-mula sebelum sakit, telinga aku rasa gata-gatal  dan lama-lama sakit. Sampai nak makan pun sakit. huhu


Punca dia? Sebab aku suka korek telinga dengan cotton bud. 😅 Bila dah sakit tu, memang aku terus ke klinik la, untuk cek telinga ni. Memang tak boleh tahan sakit dia. Risau juga


Actually, aku tau dah korek telinga dengan cotton bud ni memang tak elok untuk kesihatan telinga. Tapi, korang tau lah kan kalau telinga gatal then dapat korek dengan cotton bud jadi lega. Dah tak heran la, walau doktor kata tak bagus untuk kesihatan telinga. Degil jugak dok buat sampai rasa sakit telinga yang teramat sangat, baru rasa menyesal huhu 😖


Bila dah cek tu, dalam telinga takda apa. Cuma lubang telinga dalam keadaan kering dan merah-merah. Doktor kata ada infection. Maybe sebab aku selalu sangat korek telinga dengan cotton bud tu, sampai tahi telinga pun takda, protection pun takda. huhu


So untuk ini, doktor bagi aku ubat antibiotik, ubat tahan sakit dan ubat titis telinga seperti dalam gambar dibawah.



Alhamdulillah, makan ubat ikut time sakit pun beransur hilang dan terus sembuh dalam masa seminggu. 


Actually, tahi telinga atau dalam bahasa saintifiknya Cerumen (minyak berlilin) adalah bertindak untuk melindungi telinga dari bendasing seperti habuk, serangga dan melindungi daripada jangkitan. Bila kita dah korek telinga sampai tahi telinga pun takda, so protection pada telinga pun takda lah. Maka, senanglah telinga kita nak dapat jangkitan. Mengorek telinga dengan menggunakan cotton bud, juga boleh menyebabkan telinga kita tersumbat dan lama-kelamaan telinga akan berasa sakit.


Apapun, penjagaan telinga dengan mengorek telinga menggunakan cotton bud atau batang besi dsb adalah sama sekali tidak digalakkan. Doktor tak bagi weh. Nak jaga telinga ada cara dia.


Untuk info lanjut, korang boleh tonton video dibawah oleh Dr Ruhaizad Daud dari Klinik Sabah. Dia ada kongsikan cara penjagaan telinga dengan betul. Check it out 😎



Adios,

4 Comments

  1. Kalau macam tu, sudah boleh pulaukan cottob bud.. Hehe

    ReplyDelete
  2. sy selalu pakai besi tu, sy nak pakai apa ni ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengar penjelasan doktor tu, bagaimana nak buat :D

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post