Halu guys, good day! 😉

Posting kali ni, aku nak share bagaimana cara kita nak batalkan langganan (unsubscribe) aplikasi yang kita taknak langgan lagi.

Contohnya, last month aku ada langgan satu aplikasi Motionleap by Lightricks. Aku bayar RM3.49/month. Aku langgan haritu, sebab nak guna aps tu untuk edit satu video, then lepas tu memang tak guna dah. 


Aku rasa rugi bayar tiap-tiap bulan kalau kita jarang guna aps tu kan? Jadi, aku batalkan langganan aku supaya next month Google tak deduct duit dari akaun bank. Biasanya Google akan deduct duit dari akaun bank kita secara auto untuk bulan seterusnya.

So untuk lebih selamat kita terus unsubcribe jelah apa yang kita langgan atau ter-langgan sebelum ni. Cara nak batalkan langganan, senang saja guys. Follow je steps dibawah!

Check it out!

Cara Unsubscribe Aps Di Google Playstore

👉 Korang open Google Playstore. Kemudian klik pada ikon profile korang di Google Playstore seperti dalam gambar dibawah



👉 Kemudian korang klik pada Payments & subscriptions



👉 Dan kemudian pilih Subscriptions



👉 Lepas tu pilih Aplikasi yang korang nak unsubsribe dan klik pada Cancel subscription



👉 Google Play akan bagi kita pilihan samada nak Pause langganan atau No Thanks untuk unsubscribe terus. So korang pilih, No Thanks jelah kan.




👉 Kemudian, pilih jer mana-mana reason yang korang rasa sesuai dan lepas tu klik Continue



👉 Akhir sekali, klik Cancel subsscription




👉 Selesai!

Untuk Pause langganan aku tak pasti macamana sebab tak pernah buat tapi korang boleh cuba. Maybe dengan cara ini kita boleh jimat duit dan senang untuk kita nak langgan balik dimasa akan datang. Maybe lah. 😋

Then satu lagi lepas korang unsubscribe ni, duit langganan yang lepas korang takkan dapat balik ye. Dorang tak refund. Aku rasa semua orang tahu kot yang tu? hehehe

Okaylah guys, itu saja untuk hari ini 😁

Adios,


2 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post