Guys. πŸ˜†

Korang pernah singgah makan di Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang tak? 

Aku rasa, ramai daa pernah singgah makan mee udang dari Restoran Mee Udang Mak Jah ni. Sebab restoran ni pernah viral suatu ketika dulu.

Disebabkan pernah viral, aku pun tersinggahlah sebab nak trylah menu special dari Mak Jah 

HIHI 😁 

Kebetulan memang haritu, kitorang bercuti jalan-jalan naik bot. Ikut pakej Kuala Sepetang Port Weld ECO [River Cruise Kuala Sepetang]. Nampak tepi jalan then singgah.

Tadaaaa,


Ini dia Restoran Mee Udang Mak Jah.

Restoran dia ni memang tepi jalan je. Kalau korang on the way nak ke Kuala Sepetang Port Weld tu memang akan lalu la restoran ni. πŸ˜€

Punyalah lapar haritu lepas jalan-jalan naik bot. Terus kitorang singgah sini untuk pekena Mee Udang. Pernah viral kan? So, daaa tak pilih lagi daa restoran lain. Kita terus singgah makan.


Masuk tu macam biasalah kan, kena follow SOP then order. 

Inilah antara menu-menu yang ada di Restoran Mee Udang Mak Jah


Yang mana ada udang, semua RM15 sepinggan guys. 😍 Tak kisahlah kan? Janji udang dia kalau makan puas hati HIHI πŸ˜‹

Dalam 20-30 minit gitu, makanan pun sampai. Nak kata lambat sangat, tak juga. Nak kata laju sangat servis dia pun, tak jugak πŸ˜† So-so lah. 

Order semua dapat, cuma ada satu jer tercicir. Then kitorang order balik laah yang tak dapat tu..

Tadaaaaaa,

Ni Nasi Goreng Udang Special. Mula-mula tu macam nak makan Mee Udang, tapi bila nampak ni tak jadi amik Mee Udang. πŸ˜‹


Nasi Goreng Udang Special ni RM15 se-sampan eh? HAHA. Sepinggan πŸ˜† 

Udang dia memang besar gila, tapi pinggan sampan dia sempit. So, aku tak berkenan sangat dengan pinggan dia ni. Kalau nk order Nasi Goreng Udang Special ni, korang kena mintak pinggan kosong extra, sebab nak buang kulit udang tu nanti senang HIKS 😏

Yang ni pulak, Mee Kuah Udang Special dia. Sama jugak, RM15 semangkuk


Udang dia memang besar gila kan? Phewwwwww πŸ˜‹

Ni pulak air dia. Fresh Orange RM4.24


Aku tak paham kenapa harga dia ada 4sen dibelakang πŸ˜‚ Aku tak suka betul kalau nombor macamni. Biasa kalau transfer ke apa, aku genapkan terus ahhhh.

Okaylah, jom try makan! 😎

Makan punya makan, memanglah agak kecewa sikit. Rasa udang dia tu. emmm πŸ˜“ Saiz udang, yes memang besar, berbaloi. Tapi bila dah rasa, udang dia tu macam takda rasa manis-manis udang. Macam tak fresh. Maksud aku, bukanlah tak fresh sebab busuk ke apa. Udang okay je, cuma takde rasa manis-manis udang. 

Nasi goreng special dia pulak, takdalah special mana rasa dia. Macam rasa nasi goreng perecah jer huhu

KECEWA weh. Dahla mahal πŸ˜†

Masa singgah tu memanglah aku tak tengok review dekat facebook ke apa. Tapi bila dah try makan, aku try search facebook dorang ni. Memang ada juga yang komplen lebih kurang macam aku rasa. huhu


Uhhh. Bikin kuciwa beb πŸ˜“

Korang dah pernah singgah ke? Kalau dah, amacam? πŸ˜…


Aku harap, owner alert la dengan review pelanggan. Moga akan datang, adalah improvement. huhu

Okayla guys, itu saja nak share!

Adios,

1 Comments

  1. This type of cynical, immoral and in some situations criminal activity means that we do not gather any private information from the users of BetBlocker. Today we’ll take a look at|have a look at} New York State’s surge in the newly legalized world of online sports activities betting (and how bettors used ‘Twosday’ to play the numbers). BetRivers, which provides new users a $250 first deposit match, has experienced success in different states where authorized online betting is permitted. Pennsylvania, New Jersey, and Indiana are among the many states where BetRivers has a considerable presence, facilitating λ©”λ¦¬νŠΈμΉ΄μ§€λ…Έ its Illinois launch. There was one catch because it associated to Illinois online sports activities betting.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post