Halu guys 😬


Bulan Ogos lepas, aku bercamping di Timah Tasoh, Perlis selama 2H1M. Campsite terletak di Santuari Ikan Air Tawar Timah Tasoh. 

Actually, tasik Timah Tasoh ni besar. So port dia banyak. So kalau korang nak datang sini, korang just Google Maps Dataran Santuari Ikan Air Tawar Timah Tasoh. InshaAllah pasti sampai.



Timah Tasoh Campsite di Dataran Santuari Ikan Air Tawar Timah Tasoh


✅𝐓𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐊𝐡𝐞𝐦𝐚𝐡

👉 Nak bercamping dekat sini, korang just boleh walk-in saja..Tak boleh booking via WhatsApp dsb.

✅𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐓𝐚𝐩𝐚𝐤

👉 RM5/seorang semalam
👉 RM10/kereta kalau nak parking kereta dalam campsite


✅𝐊𝐞𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡𝐚𝐧

👉 Surau


👉 Toilet + Shower


👉 Plug Point [Banyak dah rosak, tapi nanti penjaga campsite akan bagi extension plug point untuk tarik sampai ke khemah. Penggunaan terhad, dari 6.30ptg sampai jam 5pg saja. Waktu siang, dorg akan cut-off. So belah malam tu, pandai²lah korang nak caj semua benda


👉 Tempat nak BBQ ada


👉 Paip air ada disekitar campsite tapi sinki takda
👉 Lampu banyak. So nak bawak lampu sikit pun takda masalah 
👉 Kerusi + meja (batu) ada disekitar campsite


👉 Tong sampah banyak. So takda masalah kalau nak buang sampah.
👉 Gerai. Belah siang saja, sampai jam 6ptg+


👉 Sewa khemah [Yang takda khemah, korang boleh sewa]. Jenis khemah, aku tak sure la jenis apa.



✅𝐀𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝐋𝐚𝐢𝐧

👉 Berkayak
👉 Naik bot


👉 Memancing di sebelah campsite boleh kot sebab aku nampak ada yang memancing dekat tepi tasik area campsite. Tepi tasik dekat area kaunter, dilarang memancing guys 😂


Overall memang santai bercamping dekat sini. Berangin macam dekat tepi pantai. Persekitaran bersih dan terjaga. Waktu malam, korang jangan risaulah, lampu disekitar campsite banyak & agak terang. Yang bercadang nak camping solo atau family, memang takda masalah guys. Tempat yang selamat dan lengkap lah dengan kemudahan ✌

So apa lagi guys, jomlah try camping dekat sini . Sure tak nyesal punyaa, nak repeat lagi adalah kot HAHAHA 😂

Kalau nak datang sini, korang just 𝗚𝗼𝗼𝗴𝗹𝗲 𝗠𝗮𝗽𝘀 je 𝑫𝒂𝒕𝒂𝒓𝒂𝒏 𝑺𝒂𝒏𝒕𝒖𝒂𝒓𝒊 𝑰𝒌𝒂𝒏 𝑨𝒊𝒓 𝑻𝒂𝒘𝒂𝒓 𝑻𝒊𝒎𝒂𝒉 𝑻𝒂𝒔𝒐𝒉. InshaAllah gerenti sampai. Tapi, kalau nak camping dekat sini korang just boleh walk-in saja, tak boleh booking-booking tapak tau. Siapa cepat dia dapatlah, haa gitu 😬


Korang nak tahu, tapak khemah dah full ke belum? Haa, boleh aja 𝗪𝗵𝗮𝘁𝘀𝗔𝗽𝗽 / 𝗖𝗮𝗹𝗹: 𝟬𝟭𝟭-𝟱𝟳𝟲𝟬𝟬𝟳𝟬𝟮 (𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗔𝘇𝗵𝗮𝗿)

Untuk lebih menarik, korang boleh tengok video dibawah


Okay guys, tu jer nak share 😀

Adios,
ASTraveller

Post a Comment

Previous Post Next Post