Weekend lepas, aku sempat singgah dekat Waterfront Bagan Datuk. Sampai situ dari Teluk Intan, dalam jam 12tengahari. Panas gila! HAHAHA ☀️ Aku sempat pegi 3 tempat ja area waterfront haritu. Singgah dataran kejap sebab panas gila, lepas tu masuk Replika Kapalt hen pegi Masjid Terapung iaitu Masjid Tuminah Hamidi. Serius lawa weh masjid tu 🕌 Actually ada lagi beberapa tempat yang korang boleh terjah area waterfront tu, antaranya 𝐔𝐩𝐬𝐢𝐝𝐞 𝐃𝐨𝐰𝐧 𝐇𝐨𝐮𝐬𝐞 𝐒𝐮𝐧𝐟𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫 𝐆𝐚𝐫𝐝𝐞𝐧 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 Dua tempat ni aku tak sempat singgah. View dekat situ memang cantik, banyak jugaklah tempat kalau nak bergambar. Nak lebih cantik lagi kena datang waktu petang sikit, takdala panas then boleh laa layan sunset sekali. Dataran Waterfront Bagan Datuk merupakan destinasi pelancongan utama yang kini menjadi mercu tanda kebanggaan penduduk Perak. Kawasan ini telah berwajah baru dan dirasmikan oleh Sultan Perak pada 17 Jun 2025 Dataran & Jeti Bagan Datuk Kapal Replika Jong Masjid Tuminah Hamidi


Adios,
ASTraveller.com

Post a Comment

Previous Post Next Post