𝐅𝐘𝐈: 𝘾𝙝𝙖𝙡𝙚𝙩 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙝, 𝙎𝙪𝙣𝙜𝙖𝙞 𝙅𝙖𝙭, 𝘾𝙝𝙖𝙡𝙚𝙩 𝙂𝙖𝙥𝙚𝙝 𝙃𝙪𝙡𝙪, 𝘿𝙚𝙨𝙖 𝙇𝙚𝙨𝙩𝙖𝙧𝙞 & 𝘾𝙝𝙖𝙡𝙚𝙩 𝘿𝙪𝙨𝙪𝙣 𝙨𝙚𝙢𝙪𝙖 𝙞𝙠𝙪𝙩 𝙟𝙖𝙡𝙖𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙖𝙢𝙖 𝙮𝙖.
Part 1
Aku bercamping dekat sini selama 4H3M di Chalet Dusun Campsite. Harga tapak RM50/mlm. Nak stay kena booking awal sebab selalu full kalau weekend atau cuti umum. Sebab apa selalu penuh? Sebab view memang superb geng!
Booking Tapak Campsite & Chalet Kampung Dusun https://www.wasap.my/601118580424
Tapi sebelum aku share penuh pasal campsite, dalam Video Part 1 ni, aku akan banyak share dengan korang keadaan jalan masuk dari simpang jalan utama Sungai Siput sampailaa masuk ke Pos Kuala Mu sejauh lebih kurang 75km, mengambil masa dalam 2jam+- perjalanan.
Jalan agak mencabar. Berbukit, bergaung. Tapi gaung tak nampak sangat sebab dah lindung pokok. Sepanjang jalan, tiada stesen minyak, tiada. R&R, tiada Masjid atau surau. Hutan je kecuali akan tempuh perkampungan orang asli. Kampung orang asli, rasanya ada surau/masjid. Tapi kena tanya dulu penduduk situ camna. Atau nak solat, boleh solat siap-siap di Sungai Siput atau lain-lain tempat.
Pastikan kereta dalam keadaan yang baik. In case kalau tayar korang macam botak, aku tak galakkan.
Pasti kan kereta korang jangan lebih muatan. Kalau CC rendah macam Viva, Axia, pastikan jangan terlampau berat dengan barang, penuh penumpang takut tak boleh nak naik bukit 😅 Bukit tinggi geng, serius. Tambah-tambah masa dekat nak sampai Pos Kuala Mu.
✅ Jalan Masuk ke Pos Kuala Mu dari simpang berhampiran Hospital Sungai Siput 0:01
✅ Simpang Antara Lata Penyel & Pos Kuala Mu 12:18
Start simpang ni nak ke Pos Kuala Mu, memang banyak menaik dan ada part menaik dia tu macam jalan nak naik Genting dan berselekoh. Perlu berhati-hati, tambahan pulak kalau time hujan.
✅ Chalet Bersah 19:42
✅ Jalan Masuk Campsite Sungai Jax 20:43
✅ Pintu Gerbang Chalet Dusun 26:00
✅ View Campsite dari Chalet Dusun 28:09
✅ Kaunter Chalet Dusun 28:55
Aku bertolak dalam jam 12pm+, sampai Chalet Dusun dalam jam 2.30petang. Dah sampai tu terus park masuk ke Pintu Gerbang Chalet Kampung Dusun (kalau ada parking la), dan terus ke kaunter bayar baki pada orang asli yang jaga kaunter. Lepas tu, boleh terus load barang ke campsite.
Nak ke campsite ada 2 jalan
✔️ Laluan Sungai (Time aku pergi ni tiada RAKIT, 26-29 Ogos 2026)
✔️ Ikut Jambatan, lalu Chalet Gapeh Hulu
*Boleh tengok Part 2 (dekat YT) untuk laluan Sungai, Jambatan & 4x4
Tak larat angkat barang, korang boleh upah orang asli angkat barang korang, upah RM20/sorg. Orang asli akan angkat barang korang ikut sungai. Kalau korang ada trolley/wagon besar, boleh ikut jalan jambatan. Tapi kena menapak jauh sikit. Jarak lebih kurang dalam 300~500meter bergantung pada korang park kereta dekat mana. Kalau berjalan dari pintu gerbang Chalet Kampung Dusun, hampir 1km jugak nak menapak.. Wuuuu 😂
Adios,
ASTraveller.com
Post a Comment