Salam,

Hi semua!

Harini aku nak share lagi tempat peranginan dekat Kuantan. Tak habis lagi citer kat Kuantan. Al-maklumlah, baru lepas balik dari sana, weekend lepas.

Suka bercamping?


Haa, aku salah seorang yang memang suka bercamping. Dah lama tak buat aktiviti macamni.

Dekat tepi pantai pun jadila kan, walau sekejap.

Sebelum ke Kuantan, memang aku dah plan nak lepak sambil camping dekat sana. Nak pegi pantai Cherating la kononnya. Tapi bila search, campsite pantai area Kuantan keluar Pantai Balok. Pantai Balok ni terletak di Beserah, Kuantan. Jalan nak ke Cherating dari Kuantan.

Petang Jumaat tu, aku round la Pantai Balok. Macam takde pun orang bercamping. Resort banyakla. Kalau ada pun, agak sunyi tempatnya. Tak berani.

So, kitorang tak jadila bercamping dekat situ. Lagipun cuaca petang tu kurang baik, hujan..

Last-last kitorang balik homestay.

Then JJCM dekat Akar Kopi Cafe. Cehhh! :p

Esoknya...

Lepas job elok pulak pengantin bawak outdoor dekat Pantai Sepat.

Ni nak share sikit gambar pengantin shoot outdoor dekat sana.




More photos, visit dekat sini ea, Julfy Photography

Opss, balik pada topik :p

Bila sampai sana, ramai lak orang bercamping, makan-makan kat tepi pantai tu. Teruja betul. So aku plan la, sebelum balik PJ nak bercamping sat kat situ.

Akhirnya, tercapai jugak.


Yahooo!

Lepas check out ahad pagi tu, dalam jam 9pg+ tu kitorang sampai Pantai Sepat, setup khemah then lepak sampai 1pm+.. Ingatkan mula-mula nak lepak sekejap je. Tapi terlajak lak. Walau dok makan dan lepak-lepak je dalam khemah. Rasa tak mau balik!

Syiok wei :D


Terasa la indahnya ciptaan Dia :)


Dalam khemah, kitorang makan simple-simple jer. Nasi lemak dengan keropok lekor etc.


Pasal makanan, jangan risau. Dekat situ melambak orang dok jual :D


So, pada siapa yang plan nak berkelah tepi pantai siap berkhemah kat situ. Korang bole lah pegi Pantai Sepat ni. Tak jauhla dari bandar Kuantan. Dalam setengah jam dah sampai..

Nak pegi senang je, macam biasa Google Map Pantai Sepat. InshaAllah sampai!

Ehemmm, lepas ni nak bercamping kat maner pulak? :)

Adios,
ASTraveler 2017

5 Comments

  1. G sokmo ktn... Tp selalu melepak kt tmn gelora ni..

    Pntai sepat ni mmg ramai org buat outdoor photoshoot.

    ReplyDelete
  2. Pernah try pasang khemah tepi pantai... dia punya panas haha tak sabar nak bungkus khemah tu then balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah. Nasib baik port bawah pokok byk haritu ����

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post