Assalam hi semua!

Selamat kembali ke alam pekerjaan, mencari rezeki.

Cuti raya dah habis. >.<

Kejap je kan masa berlalu!

Pagi ni aku agak rajin sikit nak update blog. Jarang-jarang update sekarang ni, sebab agak bz. Banyak benda kena setel. huhu

Oklah, back to the topic.


WhatsApp Business (WA Business)

Korang pernah dengar? Atau memang dah guna?

Untuk para peniaga, atau peniaga online memang sangat sesuai guna WA Business ni.

WA Business ni agak berlainan sedikit dari WhatsApp yang biasa kita guna tu. Dia ada beberapa function lain bagi memudahkan kita dalam urusan perniagaan atau business.

Dari segi nombor fon, kena register nombor yang lain dari nombor personal WhtasApp sedia ada. Maknanya, tak boleh guna nombor yang sama untuk kedua-dua WhatsApp & WhatsApp Business ini.

Tadaaa, aku dah guna dua-dua! :p

WhatsApp & WA Business
Download.

Percuma sahaja di Google Playstore.




Kelebihan WhatsApp Business

Antara fungsi atau kelebihan yang boleh kita guna dalam WhatsApp Business adalah,

1. Business Profile
2. Label  Chat
3. Messaging Tools
4. Statistic

So aku akan explain function 1 & 2 dalam entry kali ni.

Business Profile. Kita boleh letak details business kita di profile WhatsApp, seperti, Link Website, Location (Google Maps), Waktu Urusniaga dan lain-lain. Contoh adalah seperti dalam gambar dibawah, dibahagian (Business Settings),



Klik Business Settings dan seterusnya Profile seperti gambar dibawah,

Kemudian akan terpapar, Business Account. So dalam Business account ini, kita akan letak kan segala details bisnes kita termasuk,

Location (Google Maps) , Waktu Operasi, Emel, Website Link.


So dari sini, client akan maklum bisnes details kita secara langsung.

Terutama sekali, location. Tak perlu lagi kita share location setiap kali client mintak location. Client perlu klik location di Business Profile WhatsApps Business kita jer dan terus connect ke Google Maps. 

Best kan? 

Labels

Untuk bahagian label ni pula, kita boleh set label setiap chat kita dengan client. Antara label yang disediakan dalam WA Business adalah seperti dibawah,


Menarik tak?

Ni contoh client yang aku dah labelkan,


Purple: Order dah bayar (Paid)
Hijau: Order dah setel (Order Complete)
Kuning: Order baru masuk (New Order)

Tak silap aku, label ni boleh ditambah. Edit tu, not sure boleh ke tak. :p

So, untuk info, yang mana aku share ni adalah antara funciton yang terbaik untuk para peniaga di WhatsApps Business. Untuk function lain aku tak habis explore lagi. 

So mana yang dah install, korang boleh explore sendiri. Cara guna dia pun senang je, lebih kurang WhatsApp biasa yang kita guna tu, cuma WA Business ni lebih banyak kebaikan dan kemudahan untuk peniaga.

Pada semua seller, aku sarankan guna WhatsApps Business untuk bisnes korang. Lebih mudah!

Okla, tu je nak share :p

Adios,
ASTraveler 2018

2 Comments

  1. Dah guna dah umtuk travel bisnis. Memang berbaloi sangat guna application nie. Kerja mudah. Sebab dlu pakai personal punya whatsapp. Pening kepala chat bercampur-campur antara pribadi dan kastemer. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. WA bisnes mmg perlu utk orang yg berbisnes :D

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post