Assalam,

Salam Isnin semua!

SSM sebelum ni, kalau nak renew kena pegi ke kaunter SSM sendiri. Tak boleh renew secara online. Tetapi, kini pihak mereka telah membuka satu portal ezbiz Online untuk memudahkan para peniaga memperbaharui lesen perniagaan mereka.

Biasalah kadang-kadang tarikh akhir perlu renew tak kena dengan kita punya masa. Busy memanjang. Dah ada portal online ni, mudah untuk kita renew.

Jangan buat-buat lupa pulak yer :D

Kebetulan hari ini adalah hari terakhir, lesen perniagaan aku aktif. So, 1st time la ni renew secara online.

Mudah!


Cara-caranya:

Korang buka laman web rasmi https://ezbiz.ssm.com.my
Log In
Klik My Business Servicess
Renewal By Owners
Klik Action
Dan seterusnya buat pembayaran
Selesai

Then tunggu je SSM approve kita punya renew tu.

Untuk print certificate pun, kena tunggu semuanya di approve then boleh terus print. Di website, ada tulis akan ambil masa dalam 14 hari selepas approve.

Satu lagi perlu diingatkan, untuk renew lesen perniagaan, hanya boleh dibuat di laman web rasmi SSM sahaja. SSM tidak pernah melantik mana-mana agen untuk memperbaharui lesen perniagaan kita.

Ini sahaja laman web rasmi. https://ezbiz.ssm.com.my Kalau lain daripada ini, adalah tak sah, Maybe scam. So hati-hati.

Sebelum renew tadi, aku terbukak satu laman web.

https://www.e-ssm.com.my/

Mati-mati aku ingatkan e-ssm seperti diatas adalah laman web rasmi. 1st keraguan ini timbul sebab, renew melalui laman web ini, untuk setahun RM120. Terkejut jugak aku, sebab setahu aku hanya RM60/setahun.

Nasib baik sebelum buat pembayaran, aku private msg SSM official page di facebook beserta emel. Mereka respon, beritahu laman web tersebut bukanlah laman web rasmi SSM dan SSM tidak pernah melantik mana-mana agen atas tujuan ini.



Fuh. Lega. Kalau tak melayang duit aku bayar entah pada siapa huhu

Jadi, kalau jadi nak renew SSM perlulah lebih berhati-hati. Zaman teknologi canggih ni, ramai jugak si penipu ni yang datang dari golongan cerdik pandai. Cilik dalam menipu/scam duit orang. huhu

Ingat ya. Laman web rasmi yang ini sahaja valid untuk renew.

https://ezbiz.ssm.com.my

Kalau yang lain, jangan!

Adios,
ASTraveller 2019

3 Comments

  1. memudahkan urusan.. tak payah nak beratur lelama..
    Tapi ada pula yang ambil kesempatan.. Mujurlah check dulu..
    bagus perkongsian nie..

    ReplyDelete
  2. Tula pasal.nasib baik semak dulu. Kalau x, hangus rm120 huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post