Sea Salt Ice-Cream Family Mart

Wednesday, July 10, 2019

Kredit: Google 
Saper tak kenal dengan Family Mart ni.

Pernah trending suatu ketika dulu, orang viral dan beratur panjang sebab nak beli si oden tu? :p Tapi bagi aku, sedap lagi rasa tomyam dekat restoran thai dari si oden ni.

Oden. Kredit: www.hijabnheels.com
Oden ni takdelah sedap mana, tapi ramai orang suka sebab keJEPUNan dia kot haha

Dulu masa mula-mula kenal Family Mart, aku tak berapa suka masuk kedai dorang ni, sebab busuk macam bau belacan dek kerana penangan si oden. haha Tapi sekarang dah boleh terima masuk dekat dalam tu.

Semua gara-gara member baik aku ajar masuk situ, dan beli ais krim kegeramaran dia sebelum ni, Matcha Ice Cream

Tadaaaaa,

Kredit: www.rebeccasaw.com
Suka betul dia dengan aiskrim ni, sampai aku pun terjebak sama hahha. Memang not bad lah rasa dia sedap dan lembut jer :)

Then terbaru ni, Family Mart ada keluarkan lagi aiskrim perisa baru.

Sea Salt Ice Cream

Jeng jeng jeng!


Sedap wei. Ada rasa manis-manis masin :D

Korang try lah!

Dalam Malaysia ni, aku tak pasti samada Family Mart ni ada di seluruh Malaysia atau di sesetengah tempat jer ader.

Further info, korang boleh layari website diorang https://familymart.com.my

FIY: Family Mart ni memang jual makanan atau barang yang dibawa dari Jepun. Harga pun boleh tahan mahal la wei

Adios,
ASTraveller2019

2 comments

  1. Done follow you..Kindly follow me back.tq
    https://banban8.blogspot.com/?m=1

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© A k u S e o r a n g T r a v e l le r. Design by FCD.