Taman Alam Liar Negeri Kenaboi

Sunday, June 28, 2020

Salam guys!

CNY lepas aku ada join event under Family Camping Malaysia, wakil untuk Jenoba Outdoor untuk 3H2M bercamping di Taman Alam Liar, Kenaboi Negeri Sembilan.

25 Jan 2020 hingga 27 Jan 2020.

Kebetulan memang ada cuti CNY, so aku ambil peluang ini untuk buka booth disana. Macam biasa, terjah sana, aku berdua dengan kwn baik aku 😍

Perjalanan dari Shah Alam ke Kenaboi Negeri Sembilan

Kitorang bertolak dari Shah Alam ke Kenaboi, pada 25hb pagi Sabtu dalam jam 11pg + dan sampai ke Taman Alam Liar Negeri Kenaboi pada jam 2ptg lebih...

Amik masa 3jam lebih jugakla perjalanan kitorang. Maybe sebab ada singgah DIY nak beli butane gas di Hulu Langat. Then lepas tu, tersesat dan salah campsite pun yer masa sampai di Kenaboi tu huhu

 

Padahal kalau ikut map, perjalanan ambil masa dalam 2jam lebih jer.

Tapi kitorang lambat sejam haha 😅

Masa sampai di Kenaboi, mula-mula yang kami jumpa tu, Kenaboi Adventure Camp under En. Anuar. Ingatkan event dekat situ tapi rupanya ada satu lagi campsite, nama dia Taman Alam Liar Negeri Kenaboi. Dorang buat dekat situ. hahaha

Patutla En. Anuar tak tahu pun pasal event under Family Camping Malaysia. Cuak gak time tu. Yelah kitorang dari jauh sampai, tapi event takda. Tapi rupanya, campsite di Kenaboi ni bukan ada satu je yer.

En Anuar (owner Kenaboi Adventure Camp) bagitau kitorang, maybe event tu di Taman Alam Liar Negeri. Contact organizer semua, yes memang buat dekat Taman Alam Liar Negeri bukan di Kenaboi Adv Camp

So, kami pun terusla Google Maps, Taman Alam Liar Negeri, Kenaboi. Dari Kenaboi Adventure Camp nak ke Taman Alam Liar tu, dalam 12km. Masuk ke dalam lagi. hahaha

Kita akan lalu kampung orang asli. Jalan agak sedikit mencabar, berbatu dan ada juga ber-tar sikit.

Dalam tu pun, kitorang sempat lagi bertawaf sebab sesat. Orang asli dekat situ pandang-pandang je. haha. Nak tanya segan 😅

Kah kah kah!

Sebenarnya kitorang confused dengan signboard ni. Langsung tak tulis perkataan, Taman Alam Liar atau Kenaboi Campsite. 😅


Kitorang nak pegi Kenaboi Campsite, bukannya nak ke Gunung Besar Hantu hahah.

Tapi itulah jalan nak ke campsite. Dengan yakin, kitorang follow je map. Lepas pada signboard ni, dalam masa 30 minit barula kitorang sampai ke campsite yang dituju 😀

Alhamdulillah sampai juaaaaa 😍

Taman Alam Liar Negeri Kenaboi


Patutla signboard tadi ada tulis Gunung Besar Hantu, rupanya dekat sini jugak adalah laluan masuk ke Gunung Besar Hantu.

 

Lain-lain tempat seperti, Lata Kijang, Lata Dinding, Gunung Kecil Hantu dan Lembah Jemaloi semuanya boleh ikut laluan ini.

Sebelum masuk, kena lapor diri dekat pondok pintu masuk campsite ni. Macam kitorang, dah memang organiser uruskan so terus masuk jer.


Kemudahan seperti surau, tandas awam, tempat letak kereta semua tersedia. Tahap kebersihan, agak memuaskan 😀



Kalau parking dan penuh, boleh je parking mana-mana


Nak ke campsite, ada dua jalan.

Penjalan kaki, ikut laluan jambatan gantung menyeberang sungai hingga ke campsite

Four-Wheel Drive (4WD), ada lagi satu laluan yang korang boleh redah sampai ke campsite.

Alhamdulillah kami selamat sampai ke campsite dalam jam 4petang.

Disebabkan lambat sampai, tapak yang kami dapat agak sedikit kebelakang. Tak dapat view sungai. huhu. Takpelah takda rezeki. Tapak khemah kami betul-betul berhampiran dengan toilet. So, kalau nak membuang ke apa, senang la sebab dekat hahaa

Tadaaa,
View di jambatan gantung
Nice kan?

Laluan Jambatan Gantung


Meriah di malam hari. Seronok gak sekali sekala join event macamni kan?


Yuhuuu, bercamping sambil buka booth! :D

Alhamdulillah, kami stay 3 hari 2 malam di Taman Negeri Kenaboi memang tak mengecewa kan. Cuma malam kedua hujan turun agak lebat. Nasib baik khemah steady lagi dengan flysheet dekat luar.. 

Apapun dekat sini, overall memang best kalau stay 3-4 hari. Air sungai jernih, udara segar.. Cuma nak ke campsite agak ke dalam sikit. 

Elakkan pergi waktu petang dekat-dekat nak senja dsb. Lebih baik bertolak waktu pagi

Nak pegi, korang Google Map je ikut link map ni https://goo.gl/maps/fay8t7JUKGYzQY6i9

Adios,
ASTraveller.com

4 comments

  1. ramai juga ya pengunjungnya. kalau ramai begini jadi tambah seru.
    main-main air di sungai kecil seperti itu sangat menyenangkan

    ReplyDelete
  2. suasananya, orang2nya, keretanya, seperti di Indonesia :)

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© A k u S e o r a n g T r a v e l le r. Design by FCD.