Hi guys!

Korang pernah pos barang ke Luar Negara tak?

Kalau belum dan tak tahu nak pos bagaimana, meh aku nak share sikit cara paling mudah nak pos barang ke Luar Negara melalui Pos Malaysia

Kenapa Pos Malaysia? Sebab Pos Malaysia, ada servis yang paling murah dan kos penghantaran sangatlah berpatutan. Bukan dengan Pos Laju ya, tapi dengan FlexiPack International
Pertama sekali, apa yang korang perlu tahu untuk hantar barang ke luar negara adalah,

Alamat Penerima

Kenapa kena tahu alamat? Sebab dari alamat la kita akan tahu kos secara kasar untuk penghantaran barang ke sana. Kos sangatla penting, untuk kita caj pada buyer nanti

Kedua, apa kita perlu tahu adalah berat sesuatu barang yang nak dihantar.

Berat Barang

Berat barang pun penting, sebab jumlah berat sesuatu barang akan memberi kesan pada harga kos yang akan dicaj nanti.

Korang boleh refer jadual dibawah, kos adalah berdasarkan pada Zon (Negara) dan Berat barang yang hendak dihantar melalui FlexiPack.

Harga Kos Penghantaran diatas adalah tanpa Tracking Number
**Kalau nak tracking number, kena tambah RM13.50 (untuk setiap tracking number)

Kalau korang memang seller yang menjual barang sehingga ke pasaran luar negara, korang memang kena ada satu digital scale untuk kita tahu jumlah berat sesuatu barang yang nak dihantar sebelum kita pergi pos. Supaya kos nak pos tu nanti, tak lari daripada kos asal yang kita caj pada buyer. Kalau tersilap berat, rabak lah duit nak tambah pada Pos Malaysia nanti hahaha

Perlu diingatkan, berat barang selepas pembungkusan akan berubah dari berat asal. So total berat selepas pembungkusan adalah sangat penting untuk kita tahu total kos.

Part ni memang korang kena hati-hati wei, sebab aku dah pernah kena. Aku timbang barang time bungkus kat rumah jer. Bila dah masukkan dalam flyers, aku tak timbang pun. So barang yang aku nak pos tu, beratnya dah berubah. So aku kena tambah RM1 sebab berat melebihi 10g dari berat asal. Nasib baik RM1, kalau berpuluh-puluh ringgit bikin naya jer haha

Contoh Pengiraan Kos (Rujuk pada jadual diatas)

Katakan lah berat barang yang hendak dihantar ke alamat US (United States) adalah 200g.

US = Zone 2, Berat 200g

Berat barang 151g - 250g kosnya adalah RM28. Jadi kos pos barang ke US tanpa tracking number adalah RM28. Jika nak tambah tracking number, kena bayar lagi RM13.50. Harga setiap tracking number adalah RM13.50 (setiap satu)

Pos ke US (200g) + Tracking Number = RM28 + RM13.50 = RM41.50 (Total Kos Penghantaran)

Biasanya total berat barang yang kita nak hantar selepas complete pembungkusan, akan bertambah lagi beberapa gram. Contoh, berat asal barang adalah 200g. Tapi bila dah balut semua dengan bubble wrap dan masuk dalam flyers / box, berat barang akan bertambah dari 200g ke 220g.

So perlu lebih berhati-hati dekat sini. Takut terlebih berat, caj akan bertambah :D

Tracking Number

Kalau taknak beli tracking number boleh tak? Jimat RM13.50

Boleh je kalau nak pos tanpa tracking number. Tapi kalau apa-apa berlaku, barang tak sampai ke apa, korang sebagai seller la kena tanggung. Bagi aku, tracking number adalah wajib. Senang nak trace barang tu dekat mana sehingga sampai ke buyer.

Cara nak pos tu, korang boleh baca disini http://www.astraveller.com/2020/07/flexipack-international-pengalaman.html

Adios,
ASTraveller.com

81 Comments

  1. Salam kunjungan dari Indonesia!

    Pernah pikir pas berkunjung ke Malaysia mau kirim oleh-oleh. Bisa banget disimak ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya boleh :D... selamat datang ke Malaysia ya! Terima kasih atas kunjungan

      Delete
  2. kalau negara asean sama ya price-nya
    kalau di pos indonesia harga tiap negara beda
    enak sekali ini pos malaysia

    salam kenal mbak

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya sama :) salam kenal ya. terima kasih atas kunjunganya

      Delete
  3. Enak ya baca post dari Malaysia. Bahasanya sedikit banyak ada bedanya dengan Indonesia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya kita serumpun kan? :D terima kasih atas kunjungannya ya :D

      Delete
  4. Ternyata kalau mau kirim barang via pos dari Malaysia ke Asia Tenggara itu harganya sama ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya lebih kurang sama :) tapi mesti melalui FlexiPack

      Delete
  5. Bermanfaat sekali tulisannya, saya belum pernah mengirim barang ke Malaysia, biasanya ke Hong Kong, tapi pakai jasa swasta di sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh namanya Jasa Swasta ya? Janji berpatutan harganya kan :D

      Delete
  6. Skrang ada lg ke pos malaysia International shipping? Haritu tny da dindah ke Asia express

    ReplyDelete
    Replies
    1. Flexipack ni dihentikan sementara.. Sebab apa tak pasti, maybe sebab lambakan parcel akibat PKP

      Delete
  7. laju tak kalau hantar barang ke us? selalunya berapa lama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung pada lokasi. Biasanya ambil masa 30-40 hari. Ini kalau flexipack la. Tp kalau asiaexpress dalam masa seminggu dah boleh sampai. Kos dia mahal la hehe. Sekali hantar maybe cecah RM200-+

      Delete
  8. Masih ada penghantaran dibuat ke dari malaysia ke indonesia?.dengar pos malaysia freeze buat masa ni utk ke liar negara, betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya free untuk beberapa servis seperti Flexipack. Kalau AsiaExpress masih ada.. Cuma bayaran dia agak mahal

      Delete
  9. salam pagi..buat masa ini, kirim dari sabah ke new zealand, adakah? adakah kena tax di sini atau bila tiba di new zealand?

    ReplyDelete
    Replies
    1. slmt petang. biasanya tax semua dah siap kira masa kita bayar untuk pos tu..dah tiada tax lagi di NZ..

      Delete
  10. Penghantaran barang ke Indonesia melalui flexipack masih boleh ke dalam fasa pendemik ni atau masih dibekukan untuk sementara waktu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. penghantaran ke indonesia dibekukan juga.. kecuali ke Singapore sahaja boleh

      Delete
  11. siapa ada info untuk pos barang ke indonesia musim pkp ni
    wasap ke 01139319828

    ReplyDelete
  12. apa sykt yg masih ada servis hantar brg ke indonesia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsiaXpress boleh.. Kos nya akan saya kongsi kan sebentar lagi :)

      Delete
    2. boleh baca disini untuk rate AsiaXpress https://www.astraveller.com/2020/10/penghantaran-parcel-ke-luar-negara.html

      Delete
  13. Nak tanya,saya ada beli barang dari indonesia,dh dikira posnya sekali. Lepas tu dia hantar wassap cakp pelu bayar untuk mengelak imagresen indonesia tahan pelu bayar duit cas rm750 kalau tak bayar dulu polis indonesia akan call polis malaysia tangkap saya dan akan dipenjara sebab bli barangan haram ��ade ke macam tu?? Ke saya dh kna scam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siap cakap lagi bawa ke indonesia

      Delete
    2. Ini scam..jgn percaya dia nk duit je tu..polis byk keje lain pkp ni

      Delete
    3. betul ini scam.. pos laju xbuat mcmtu.. kalau pos pun, sekali caj je. takde caj2 lain dah.. sbb dah kira skali, masa kita nak pos di kaunter

      Delete
  14. Sekarang masih boleh guna flexipack ke singapore ke?
    Jika barangan itu cecair boleh ke guna flexipack @ ada cara lain. Boleh kongsikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu sy singapore sahaja yang ada flexipack sblm ni. skrg xpasti masih available lg ke tak utk pos ke singapore.

      kalau liquid, mmg saya pernah tnya sblm ni.. tak lepas.. tp adik sy pernah pos ikhlas oil ke ausie, lepas..mungkin nasib kot..

      cara lain, kena tnya asiaXpress atau pos laju international :)

      Delete
  15. kalau pos barang ke korea once dh sampai korea kena caj tax lg x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu depends pada pihak sana, selepas clear di kastam. terbaca juga, ada client kena caj, ada yang tak. tp kalau kena caj,buyer la byr.. bergantung pada negara jugala kot. kalau korea saya xpasti

      Delete
  16. Hi,nak tanya sikit,hantar health suppliment (powder) ke indonesia boleh tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau powder saya rasa tiada masalah. untuk kepastian, sebelum pos tnya pada staff dulu dikaunter :)

      Delete
  17. Boleh ke hntar barang ke luar negara buat masa sekarang ni. Maksud saya waktu pandemic ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh :) cuma skrg flexipack saja dihentikan sementara servis nya buat masa ini

      Delete
  18. Salam

    nak tnya untuk waktu covid skrg masih boleh pos barang ke Indonesia lagi ker ?

    sebab saya tnya poslaju Malaysia hanya boleh pos ke Singapura saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. boleh, tapi selain flexipack la. macam asiaXpress masih boleh, cuma kos penghantaran mahal, tak macam flexipack

      Delete
  19. saya confuse kita nak cas kos pos dekat customer guna rm ke guna dolar kalau dr malaysia ke singapore?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira guna RM, then convert RM yg kita dpt tu ke singapore dollar. bole google, taip "myr to singapore dollar"

      Delete
    2. Nak pos barang kew indonesia pakai pos ape yang boleh .. Nak pos tilam angin saiz quenn sekali pam

      Delete
  20. Nak pos barang kew indonesia pakai pos ape yang boleh .. Nak pos tilam angin saiz queen sekali pam

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh gunakan, AsiaXpress atau pos laju international. Lain-lain seperti DHL pun ada juga, cuma kos penghantaran mungkin lebih kurang sama atau lebih mahal :)

      Delete
    2. Rate AsiaXpress boleh baca disini https://www.astraveller.com/2020/10/penghantaran-parcel-ke-luar-negara.html

      Delete
  21. Saya ada post guna AsiaExpres, 2kg lebih rm500. mahal juga ya? Selain asia xpress ada courier lain lg ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mmg agak mahal. tp delivery cpt. kalau courier lain pun ada seperti DHL dsb, kos dia lebih kurang asiaXpress atau lebih mahal

      Delete
  22. ya, baru2 ni pun saya ada pos barang guna AsiaExpress, mahal sangat2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, memang mahal. tp delivery sangat cepat. puas hati dari segi masa penghantaran tula :)

      Delete
  23. Saya nak pos barang ke indonesia..berat barang lebih kurang 1.6kg.berapa agak2 kos penghantaran dan apa jenis pos sy boleh pakai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Flexipack skrg servis dia dihentikan sejak julai 2020 lalu. jd kalau nk pos ke indonesia, boleh gunakan servis asiaXpress..

      Barang berat 1.6kg utk pos ke Indonesia, kosnya dalam RM155.Untuk lebih lanjut, bole tanya di kaunter Pos Malaysia :)

      Delete
    2. boleh refer posting ini

      https://www.astraveller.com/2020/10/penghantaran-parcel-ke-luar-negara.html

      Delete
  24. Saya nk send post card ( penpal ) dekat kawan di u.s, bolehkah saya mendapatkan suggestion servis mana yg bagus dan adakah harganya Mahal ? Boleh ke saya nk beli tracking number untuk postcard ? Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. send postcard saya tak pasti. tp untuk pos dokumen under asiaXpress pun boleh. tp mahal, 0.5 (dokumen) RM125 ke US. maybe skali tracking number..

      kalau flexipack, skrg mmg servisnya dihentikan sementara.. huhu

      Delete
  25. Asia express perlu beli tracking no skli x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa macam dah skali. nak kepastian kena tnya dikaunter pos malaysia/laju

      Delete
  26. Saya nak tanya. Saya nak post barang ke brunei. saya bukan seller, banyak ke kos yang kena? Nanti bila barang tu dah sampai brunei, saya kena bayar lagi ke? dekat kastam ada charge lagi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak hantar ke Brunei bole hantar ke alamat limbang sarawak saja. sbb akan jimat kos. kalau hantar direct ke brunei, international shipping cost kita kena bayar. then pada kastam kita xkena dah. apa smua buyer akan tanggung kalau ada la :)

      Delete
    2. bole baca posting ni,

      http://www.astraveller.com/2020/12/nak-jimat-kos-pos-ke-brunei-guna-alamat.html

      Delete
  27. Thank You!! Nanti saya terus pergi pos laju, then yang macam envelope untuk parcel and berat barang tu nanti semua pos laju uruskan ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bole siap2 bungkus barang tu elok2. satu lg lupa nak bgtau, kalau nak hantar ke limbang, kena tnya buyer tu dulu boleh ke x? sbb urusan pickup di limbang nti, buyer akan hire runner ambil brg dkt pos malaysia limbang :)

      Delete
  28. Salam persahabatan..servis flexipack international pos Malaysia masih di berhentikn lagi ke..ada info tk..saya nak post baju ke Singapore agak² berapa kos nya ye..klu guna envelope saiz a4 blh tak..mohon pnjelasan..sbb tk pernah buat post brng ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam persahabatan. haritu baru je sy tnya bln lepas, flexipack stop terus servis dia. maybe ada produk baru pos malaysia akan keluar.. atau pun skrg bole guna asia express jer utk pos ke singapore

      Delete
  29. Salam, bagaimana pula post A6 artprint ke usa/asia? berat lebih kurang 500gsm +-, perlu guna tracking parcel or air mail je? klau tracking parcel courier service apa sesuai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. skrg servis Flexipack dah takde. Jadi kena pakai AsiaXpress.. baca posting sy tentang asiaXpress

      Delete
  30. Emm nak tnya, macam mana ekk contohlaa if kite nak hantar barang ke luar negara (indonesia) but we don't know mereka punya alamat? 😂The reason why i asked like this because, i nak hantar barang most like a present, for artist🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. yg penting kena tau alamat. at least alamat utk fanclub dia, takda? :p

      Delete
  31. hi...mcmna nk pos guna asiaexpress yer...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole terus tgk disini

      https://www.pos.com.my/send/pos-laju/international/express/asiaxpress.html

      Delete
  32. Nak tanya flexi pack dah boleh pos ke indonesian ke?Dari malaysia ke indonesian

    ReplyDelete
  33. kalau hantar barang ke BRUNEI masih ada tau..barang cecair contohnya shampoo kucing boleh tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ke brunei masih ada ya flexipack? kalau brg cecair/liquid perlu tnya dikaunter dulu utk kepastian

      Delete
  34. salam, saya nak tanya.. jika barang bawah 1kg nak hantar ke Indonesia, anggaran untuk barang tu sampai berapa lama ye ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm utk flexipack dah tiada penghantaran ke indonesia. Kalau AsiaXpress ada. Cik bole tgk rate dia di posting ini

      https://www.astraveller.com/2020/10/penghantaran-parcel-ke-luar-negara.html?m=1

      Delete
  35. hi. any news tentang flexipack ke usa? dah stop ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg dh stop. cuma yg ada penghantaran ke singapore saja yg ada

      Delete
  36. tuan guna apa sekrang untuk post ke luar negara. ka hanya fokus dropship dari china?

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg stop pos brg keluar negara dr malaysia. fokus dropship dari china saja..

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post