Cara Nak Tukar No Phone Untuk MSOS Code Maybank

Monday, October 19, 2020

 Assalam hi.


Dah lama weh tak update blog. Harini baru ingat nak share satu benda. Pasal MSOS Code. 


Baru-baru ni aku ada buat pembelian di Aliexpress, sebab ada buat dropship di ebay. Alhamdulillah, tetiba ada pulak buyer dari CA,US beli barang yang aku dropship dari Aliexpress ke ebay. 1st time weh. 😀 Buat dropship ni pun sebab, servis FlexiPack dihentikan buat sementara waktu.. Maybe sebab lambakan parcel dari Pos Malaysia akibat Covid. Diorang stop kan servis FlexiPack buat sementara. 


Actually, ada je servis lain seperti AsiaExpress dan Pos Laju International atau kurier lain seperti DHL dll untuk penghantaran ke luar negara. Tapi semua mahal nak mampus hahaha. Kalau dah mahal, bagaimana nak try pos barang sendiri dari Malaysia guna servis lain selain FlexiPack? Macam AsiaExpress memang mahal berganda berbanding Flexipack. So terpaksalah berani kan diri buat dropship dari oversea. So tak payah nak pikir pos. Cuma kena cari seller yang betul-betul trusted dari China.


Sedih betul kan? Sob sob. 😓


So kena berani kan diri buat dropship oversea di ebay melalui Aliexpress. Belum cuba belum tahu kan? 😃


Cuak jugak ni, sebab pertama kali buat dropship oversea. Moga urusan smooth dan barang sampai dengan selamat ke pelanggan aku di California, US. Insha-Allah 😎


Jom kita kenal, apa itu MSOS Code.


Apa itu MSOS Code?


MSOS Code tu adalah singkatan kepada Maybank Secure Online Shopping (MSOS). Dia macam Transaction Authorisation Code (TAC), kalau kita nak buat transaksi online. So sangatlah penting kalau kita nak buat bayaran, terutamanya di website oversea.




Kenapa tak bayar guna PayPal jer? 


Aku memang ada PayPal, tapi tak semua seller oversea guna servis PayPal untuk bayaran. So, nak taknak terpaksalah guna Debit Card untuk buat transaksi. So pembayaran dari Debit Card Maybank ni lah, perlukan MSOS Code 😌


Dulu aku pernah aktifkan MSOS Code ni, sebab saja nak try beli barang dari website Aliexpress. Alhamdulillah, masa tu pembelian berjaya dan barang pun sampai dengan selamat dalam masa 2 minggu. Tapi untuk kali ni, baru aku perasan nombor fon yang aktif untuk MSOS Code ni lain. Tak sama dengan nombor yang aku pakai sekarang. Failed lah nak buat bayaran.


So terpaksalah cancel, dan cuba cari jalan bagaimana nak tukar nombor phone untuk MSOS Code ni. Google punya google, aku dapat cara. Tak susah mana pun. 😀


Cara Nak Tukar Nombor Phone Untuk MSOS Code (Maybank)


1.  Korang dm jer page Maybank


Ayat tak yah formal sangat kalau nak bertanya pada Maybank 😆

2. Maybank akan minta kita, Nama Penuh, IC Number & 4 Digit Terakhir Kad Maybank.


Selesai dm.


3. Dalam masa setengah jam, Maybank Customer Service akan call korang untuk pengesahan. So dia akan minta korang 4 benda ni. Korang stanby jelah


  • No Kad Maybank
  • No Acc Maybank
  • Nama Penuh
  • IC Number


Lepas pengesahan, korang boleh terus buat pembelian dengan nombor phone baru untuk MSOS Code.


Happy Shopping! 😎 😙


Adios,

ASTraveller.com  

Post a Comment

Latest Instagrams

© A k u S e o r a n g T r a v e l le r. Design by FCD.