Chalet Casa Impiana, Teluk Senangin

Thursday, October 22, 2020

 Assalam guys.


Pernah bercuti di Teluk Senangin, Perak? 😉


Rasanya ramai dah pernah sampai sini. Kawasan pantai agak cantik, persisir pantai redup-redup jer memang sesuai untuk berkelah dan bercamping.


Aku dah beberapa kali berkelah dekat Pantai Teluk Senangin ni. Memang best. Tapi kali ni, pada bulan lepas September 2020 lepas habis PKP berkurung lama dekat kampung. Kitorang bercuti satu family di Teluk Senangin, bermalam di Chalet Casa Impiana.


Tadaaa,




Nampak macam best kan? 😍


Pernah stay Chalet ni tak? 


Not bad weh. View cantik, memang betul-betul menghadap pantai. 😀 Kemudahan dalam Chalet boleh dikatakan lengkap, termasuk:


  • Dapur & Alatan Memasak
  • Cerek & Pinggan Mangkuk
  • Peti Ais
  • Ruang Tamu (Kipas Sahaja)
  • TV
  • Aircond & Kipas (Setiap Bilik)
  • 3 Bilik Besar
  • 1 Bilik Kecil
  • 2 Bilik Air
  • BBQ Grill
  • Meja Makan Di Bahagian Luar
  • Parking (50 meter dari pintu masuk Chalet)

Harga RM550/malam. Haritu kitorang pergi 3 family, 15 orang. Ruang memang selesa, sangat besar. 

Menarik. Jom explore!


Dekat pokok tu ada hammock, boleh lepak santai.





Ruang makan diluar. Malam-malam boleh ber-BBQ dekat luar, makan-makan lepak santai.



Ruang BBQ




View betul-betul menghadap laut

Jom tengok belah dalam pulak.








Ruangan dapur / memasak

Ruangan dapur je aku tak berapa suka, sebab terletak dibahagian luar. Kalau nak memasak macam takde privacy sebab agak terdedah. Jenis yang menutup aurat, memang kena pakai tudungla time memasak 😂 Harap owner bole upgrade untuk ruangan dapur. 

Overall not bad, best. Tapi cuma satu jelah, lalat agak banyak juga. Punca maybe, ada sampah yang terbiar dsb..

So kalau nak booking time cuti sekolah atau peak season memang kena awal, sebab biasanya weekend akan penuh. Kalau weekdays pun, maybe ramai orang. So tak digalakkan walk-in. Nak booking, cepat-cepat weh WhatsApp dinombor yang tertera dengan segera! 

Chalet Casa Impian, Teluk Senangin Perak
Contact Number: 013-4226933

Nak lebih menarik, boleh tonton video dibawah 😎



Adios,
ASTraveller.com

2 comments

Latest Instagrams

© A k u S e o r a n g T r a v e l le r. Design by FCD.