Jana Duit Tanpa Modal Dengan Smartphone

Tuesday, November 10, 2020

 Haluuu guys.


Semenjak wabak Covid 19 melanda dan pergerakan kita terhad disebabkan oleh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan), PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) dan lagi masalah kalau tempat kita diarahkan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat), nak keluar mencari rezeki macam aku yang berkerja sendiri ni, memang sangat terhad.


Biasa boleh berniaga di Carboot Sales, kalau PKP payah nak dapat tapak. Dan ada sesetengah tu, tutup terus tapak niaga, tak buka dah sebab tiada permintaan, tiada pengunjung. Kalau dapat berniaga pun, berapa kerat je yang berkunjung. Tak ramai weh! Buat rugi bayar tapak niaga jer, kalau sale takda 😔


Jadi aku pikir, bagaimana nak jana duit kalau sepanjang masa macamni. Nak keluar akaun pertama KWSP pun, belum tentu boleh dapat yang 10K tu haha 😆


Memang ada cara, nak jana duit tanpa perlu ada stok ditangan, tanpa modal, tanpa keluar pergi pos barang. Korang hanya hadap laptop atau smartphone jer untuk promote, deal dengan customer. Once customer bayar, proceed dan dapat untung. Ah, yang penting sekali korang kena ada internet lah. Kalau takda internet, tak boleh jalan jugak 😌


Bagaimana guys? Boleh ker jana duit macamtu jer? 😏


Memang boleh! Dropship guys, dropship. Apa itu dropship, baca lanjut disini



Lah, dropship ker? Untung ciput bro.. 😒


Memang ada sesetengah seller, ciput jer untung dia bagi. Biasanya seller yang bagi untung ciput tu, dia sendiri pun dropshipper. Lepas tu dia open lagi dropship dekat orang lain. That's why dapat sikit untung. Aku dah pernah rasa dah. Jual bag, untung bawah RM5/bag. Masa tu aku mula-mula nak belajar dropship 😙 Takpa, itu pengalaman. Selagi tak mula, kita tak tahu kan?


Sebelum nak menjual tu, korang kena cari suplier yang betul-betul ada simpan stok. Carila barang apa yang korang minat nak jual. 


Lepas tu nak jual kat mana?


Korang jual jer dekat platform yang percuma seperti, Mudah.my, Carousell, Facebook Fan Page / Facebook Marketplace, Instagram dan sebagainya. Yang aku mention ni, semua platform yang popular dikalangan peniaga. Actually banyak lagi platform lain, korang bole google jer. Makin banyak tempat korang menjual, lagi banyak peluang yang kita akan dapat 😎


Kalau dah betul-betul paham dan dah pandai buat dropship dengan local suplier, korang boleh buat dropship dengan international suplier pulak then jual di ebay atau Amazon. Lebih luas peluang dan lebih lumayan untung. Tapi menjual di ebay dan amazon, bukan free. Ada sikit bayaran yang di caj oleh platform itu sendiri dan Paypal. Takpa nanti aku share, kalau dah betul-betul berjaya 😊


Alhamdulillah, sekarang aku dah buat dropship dengan suplier direct dari China dan jual di ebay. Syukur dah terjual 3 barang dropship di ebay. 1st client dari CA, United States, 2nd dari Israel dan 3rd dari Brazil. 


Alhamdulillah 😍


Sebelum ni, aku jual barang sendiri jer di ebay. Tapi sejak servis FlexiPack dihentikan sementara, aku terpaksa dan cuba juga buat dropship barang dari China. Mula-mula tu takut juga, sebab kita tak pernah try suplier dari luar. Kalau local tu, senang sikit kan? haha 😂 Sebelum mula tu, baca la segala artikel mengenai dropship di ebay bla bla bla..


Akhirnya berjaya juga 😃 Cuma sales takdala laju, adalah sikit-sikit. Sebab listing dalam ebay pun masih tak banyak. Feedback pun masih ada satu je, walaupun dah 5 barang terjual di ebay. Orang luar payah sikit kot nak bagi feedback. Sabar jerlah 😆


Baca posting sebelum, aku ada share bagaimana nak mula jual di ebay https://www.astraveller.com/2020/08/bagaimana-nak-menjual-di-ebay.html


Harga pasaran di ebay tak sama dengan harga pasaran tempatan. Untung dia pun lain, sebab nilai barang yang dijual adalah dalam USD. Best wooo 😌


Err, pasal ebay ni nextime aku share lagi. Sekarang masih noob dalam ebay.


Jangan lupa buat dropship untuk jana income tanpa modal ya! 😉


Adios,

ASTraveller.Com

8 comments

  1. Wah best nya dpt untung usd 😍

    ReplyDelete
  2. Hi,thanks for sharing, may i know do we need to put deposit to suplier china dropship kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi john. No need :) just received payment from buyer via paypal and make an order direct suplier. make sure you find the most trusted seller from china, which is got 90% and above +ve feedback,

      Delete
    2. I see,ok,million thanks for the reply ya~ may i know the suplier you liaise through aliexpres? The payment to them also use paypal or any other platform to comply it?

      Delete
    3. Ex. Fire Maple / Naturehike Official.. The payment can make via debit Visa/Mastercard also.

      Delete
    4. Woo i see,realy appreciate your generously reply~thanks in advance.

      Delete

Latest Instagrams

© A k u S e o r a n g T r a v e l le r. Design by FCD.