Haluu guys!


Sudah tanggal 23 Disember harini, nak habis tahun 2020 dah. Cepat gila masa berlalu kan?


Moga hari  yang mendatang makin cerah perjalanan hidup... Amin! Huhu 😖


Okay guys. Back to the topic. 


Hari ini aku nak share sikit pengalaman aku hantar barang pelanggan dari Brunei. Biasanya, kalau nak hantar barang ke Brunei atau mana-mana negara luar, sudah tentulah kos penghantarannya adalah tinggi. Tak kira lah, walau negara tu duduk di sebelah jer. Semuanya akan dikira sebagai international rate 😁 


Mahal!



Jadi, untuk jimatkan kos pos especially ke negara Brunei memang ada caranya. Iaitu, dengan mengepos barang tersebut ke alamat Limbang, Sarawak. 😎


Ehem.. Setakat ni memang untuk Brunei jelah, negara lain takda 😝


Kenapa Limbang, Sarawak? 


Sebelum ni, aku pun tak pernah tahu orang Brunei beli barang boleh pos ke alamat Limbang, Sarawak. Tahu ni pun sebab pelanggan Brunei aku sendiri yang bagitahu 😍


Memang good news lah kan. Kita pun kalau boleh nak jimat bayar duit pos. 


Kebiasaannya, pelanggan Brunei kalau nak beli barang dari Malaysia diorang akan guna alamat Pos Malaysia, Limbang Sarawak. So caj pos pun, masih dalam rate domestik iaitu rate Sabah/Sarawak. Bila dah sampai barang tu dekat Limbang, Sarawak, dorang akan gunakan khidmat runner untuk pickup barang di Pos Malaysia, Limbang. 😌 


Haaa, macamtu.


Selain Limbang, dalam research aku. Ada juga yang menggunakan alamat Miri, Sarawak. Yang belah Miri ni aku tak pasti lah. Sebab semua pelanggan Brunei aku sebelum ni, guna alamat Limbang jer. Miri belum pernah.


😌


Kalau kita tengok pada map diatas pun, Limbang tu memang terletak di sempadan Brunei. So, untuk urusan pickup barang disana mungkin lebih mudah dan tiada masalah. Cuma pada waktu sekarang, disebabkan kita semua satu dunia dilanda wabak Covid 19, mungkin agak rumit sikitlah kalau hantar ke alamat Limbang untuk pelanggan Brunei.


Baru-baru ni ada pelanggan aku bagitahu, waktu Covid 19 sekarang, disempadan agak ketat sikit dengan kawalan dan caj runner pun agak mahal. Maybe sebab risikolah tu atau lain-lain.


So buat masa sekarang, kalau ada sesiapa nak pos barang ke Brunei. Korang kena tanya dulu pelanggan Brunei tu, samada dorang okay tak kalau kita hantar sampai Limbang sahaja? Kalau dorang okay, so memang tiada masalah lah. Bole terus hantar ke sana dan selesai.


Selamat mencuba okay 😊


Itu saja nak share! 😀


Adios,

ASTraveller.Com

7 Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Kalau nak kirim package isi orang ke brunei bisa tak? Salam kenal ya Haha������

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha nak pos ORANG ya? :O hahahaha salam kenal

      Delete
  3. oh.. mesti sebab limbang ni dekat sangat2 dengan border :)

    ReplyDelete
  4. limbang tersepit ditengah2 tuuh., huhuhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post