Halu guys 😁

Kalau korang ada dekat area Changloon, Kedah. Korang boleh try makan dekat sini Locamasta Cafe 

Tadaaaa,


Try arr nasi kukus atau makanan western diorang, ramai yang kata sedap. Tapi aku masih belum try yang lain kecuali Chicken Grill & Olio Oglio dia, memang not bad. InshaAllah nextime, kita nak try burger dia yang ni pulak 😁

Sumber: Page FB Locamasta Cafe

Nampak sedapkan burger hitam dia ni. ehemmm...Dan macam² lagi-lah ada weh, lupa aku nak shoot menu cafe haritu. 😅 

Macam haritu, aku order Chicken Grill RM15.90 (Recommended) Memang banyak ahhh kuantiti dia. 


Then air, aku order Asam Refresher RM7 (Recommended) Cawan dia besarlaa, puas minum 😬


Yang ni, Olio Oglio dia. Kawan aku yang order, kalau tak silap harga dia RM12.90


Portion dia banyak kan? Dan rasa dia pun not bad lah jugak 😁

Waktu operasi, dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat dorang tutup. Opening hours tu tak sure, tapi belah petang sampai tengah malam lah. 

Nak datang sini, korang Google Map/ Waze je Locamasta Cafe. Sure sampai. Okay, itu saja nak share! 

Adios,

3 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post