Nakawan Basecamp Bukit Ayer, Perlis

Halu guys 😀

2 minggu lepas, aku pergi bercamping di Nakawan Basecamp, Perlis. Aku stay selama 3H2M kat sana berdua dengan kawan. 😁

Tadaaa,



Harga tapak:

✅ RM20/malam (Saiz Tapak 10 kaki)
✅ RM25/malam (Saiz Tapak 15 kaki)

Bayaran masuk:

✅Kanak² RM1
✅Dewasa RM2

Nice place jugakla untuk bercamping terutamanya untuk family yang baru nak berjinak² dengan aktiviti bercamping ni.

Kemudahan, memang aku boleh katakan lengkap. Yang ada dekat sana lengkaplah, antaranya;

✅ Surau

Korang yang dah guna kemudahan di surau, contohnya telekung dan sejadah tolongla simpan baik2 lepas guna eaa 😂

✅ Parking


✅ Plug point
✅ Toilet / Shower
✅ Sinki
✅ Pondok yang luas siap ada lampu + kipas, boleh dijadikan tempat solat, boleh lepak² atau baring santai dsb (berhampiran campsite)
✅ Banyak lampu disekitar campsite. Jangan risau kalau korang jenis tak bawak lampu banyak 🤣

Persekitaran campsite memang bersih dan terjaga. Redup sebab banyak pokok. Cuma view sungai tu takdala, sebab dekat situ just ada anak sungai yang jauh sikit dari campsite dan ada kolam mandi untuk pengunjung pada belah siang.

Untuk sungai yang air dia biru macam Emerald Pool Krabi tu, actually memang ada. Tapi macam dah sendu, maybe tak terjaga sebelum ni dan sekarang on the way diorang nak upgrade dekat area tu kot sebab macam ada construction sikit dekat situ. Akan datang, maybe akan lebih menarik laa area tu.

Untuk korang yang jenis bercamping bawak Hammock + fly pulak, jangan risau. Dekat situ ada Hammock Bay untuk korang stay. Bayaran tak pasti berapa untuk Hammock Bay.

So, pada siapa yang nak merasa bercamping dekat Nakawan Basecamp, Bukit Ayer Perlis. Korang boleh contact nombor dibawah,

Okay guys, itu saja nak share. Selamat bercamping 😬🤟

Nak lebih details nanti, tunggu aku up video di YTC JTxChannel

Post a Comment

Previous Post Next Post