Salam guyss 😀

Semalam aku try lepak minum kopi dekat Kopi Loteng, Jalan Kebun Shah Alam. Restoran, memang menarik gila. Cantik kalau nak bergambar. Waktu malam lagi la meriah. Sampai² terus aku cakap "Waaa, cantik gila restoran dia"



Aku terjah semalam dalam jam 9pm, lepas maghrib somewhere dekat bandar Klang. Then aku terus ke Kopi Loteng



Dekat situ, aku try order:

✅Tiramisu Biscoff Latte RM12
✅Hot Latte RM9
✅Mee Rebus Batu Pahat (Daging) RM10


Overall untuk kopi, aku rasa biasa² jer. Tak sepadu kedai kopi hipster lain. Rate 6/10

Kawan aku yang menjual kopi di Vornet pun kata kopi dorg ni tak berapa padu. Tapi disebabkan dekat dengan aku semalam, so apa salahnya kita try kan 😬

Pada korang yang tak suka minum kopi, ada je minuman sedap lain yang korang boleh order. Dont worry ahh 🤟

Untuk Mee Rebus dia, agak padu lah. Cuma kurang pedas. Rate 9/10

Dekat Kopi Loteng ni, actually banyak lagi menu yang ada. Ada Laksa Johor, Kacang Pool JB, Rojak dan lain-lain. Aku rasa onwer dia orang Johor ah 😅 Selain daripada tu, western food pun ada jugak, korang belek² jela gambar menu, tengok-tengok. Macam² gakla dok ada 😌 Rate untuk menu lain ni, ramai pelanggan kata sedap. So korang kena try!


Kemudahan:

✅Parking
Parking space ada. Kalau full, korang parking je tepi jalan

✅Toilet
Toilet ada, dont worry. Bersih. Dan yang penting, sabun ada disediakan 😂

Surau tak pasti laahh, ada ke tak. Tak perasan.

Waktu Operasi:

Selasa - Ahad: 3pm - 11pm
Jumaat: 4pm - 11pm
Isnin: Tutup

Nak datang, korang Google Map je "Kopi Loteng Jalan Kebun" atau "RASA2 by PAKCIK" InshaAllah lah, pasti sampai 😁 Okay ahh guys, tu jer nak share.

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post