Haluu guys.

Last weekend kemana? Aku dan family terjah Penang. Jarang ke Penang, so kiter try merasa Penang pulak. Asyik Melaka je kan? 😄


Sebelum trip, kami merancang tempat yang mungkin sempat kita terjah. Antaranya

  • Penang Street Art
  • Rumah P.Ramlee
  • 3D Art Gallery
  • Turtle Sanctuary Pantai Kerachut
  • Penang Avatar Secret Garden

Kiter rancang jelah, pergi belum tentu. 😝

Tempat pertama yang aku nak share, adalah di Penang Avatar Secret Garden. Tempat ni, memang pernah viral pada suatu ketika dulu iaitu pada tahun 2017. Tahun ni baru ada peluang nak pergi.


Sebelum ke Avatar ni, aku search dan baca review pengunjung dulu. Rata-rata bagi negatif feedback. Tak berbaloi lah, tak menarik lah, indah kabar dari rupa lah. Macam-macam.😅

Down juga masa baca review. Dah berbelah bagi juga, nak pegi ke taknak. Kita ni dari jauh, then kalau datang tempat tak best macam rugi lah kan?

Tak puas hati jugak, rasa nak pegi. Nak tengok sendiri, betul ke tak best? So aku decide pegi jugak dengan adik aku. Aku pergi berdua je, sebab pegi tengah malam. Nak tengok lampu, yang orang kata tak berbaloi sangat tu hahaha

Banyak bad review. 

Tapi sifat ingin tahu yang menebal ni, aku nak tengok gak dengan mata sendiri. Betul ke tak berbaloi?

Jom jom!

Penang Avatar Secret Garden

Waktu Operasi: 8pagi sehingga 12 malam
Bayaran Masuk: RM5/Kereta (Parking)

Masuk sini, kalau nak cantik biar waktu malam. Sebab banyak lampu. Waktu siang pun ok kot, sebab ada spot menarik untuk bergambar di tepi pantai area Avatar Garden ni. Nextime lah kot, aku pergi kalau belah siang 😆

Aku sampai ke Avatar haritu, jam 11.30malam. Lagi setengah jam nak close.

Pertama kali masuk ke parking area, memang banyak kereta. So, first impression bagi aku takda la scary mana seperti dalam review pengunjung sebelum ni. Banyak kereta so nampak agak meriah. Tempat parking terang-benderang. Masuk je parking, terus bayar entrance fee RM5. Setel


Tak scary pun kan?

Avatar ni memang betul-betul terletak di tepi Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong. So ada la juga bau-bau colok, dekat pintu masuk Avatar tu. Maybe ada orang tak suka. 😏 Bagi aku, small matter jelah sebab bau colok tu takdela sampai dalam kawasan Avatar tu pun 😂

Macam biasa time-time Covid ni, sebelum masuk, kena patuh SOP. Scan MySejahtera dan masuk

Tadaaaa!

Pintu Masuk Avatar

Time ni takde orang sangat, so senang nak snap gambar. 😀 Actually, keadaan sekeliling memang agak gelap. Disebabkan keadaannya yang agak gelap dan banyak pokok-pokok besar, memang budak-budak bawah 3 tahun tak digalakkan masuk pada waktu malam. 

Yang lain, ok jer bagi aku.. Cuma apa yang penting dihiasi dengan lampu yang berwarna-warni. Baru best nak snap gambar 😍

Dalam kawasan Avatar ni, keadaannya agak berbukit juga, so kena naik tangga sikit.


Banyakla juga spot bergambar yang menarik. Pandai-pandailah korang snap kan? 😆 Biar diluar nampak biasa-biasa, janji dalam gambar nampak lawa..


Not bad la actually. Tempat yang best jugakla untuk bergambar bagi aku. 

Ramai yang bagi bad review, maybe sebab lampu tak macam dalam gambar yang viral sebelum ni. Mungkin owner tak jaga. Lampu yang banyak suatu ketika dulu, kini dah mula kurang. Tapi still not bad lah. Pandai snap, cantikla bila dalam gambar.

Jangan tersnap benda lain udahla hahha 😂

So, pada siapa yang suka bergambar. Korang singgahlah untuk koleksi gambar korang sebelum tempat ni makin meriah dan bayaran masuk makin mahal. Berbaloi la bayar masuk RM5/kereta untuk tempat yang macam ni hhehe..

Untuk lebih menarik, korang boleh tonton video ni ya

Selamat menonton!


Adios,
ASTraveller.com

4 Comments

  1. Seronok tengok lampu lampu. Part bawah yang juntai juntai tu feeling lain macam je huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. juntai2 tu nampak scary ke? tapi cantik :p

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post